Jual produk digital daripada kedai anda sendiri

PDF, templat, MP3 atau video—jana pendapatan daripada ciptaan anda di platform yang berkembang bersama-sama anda daripada muat turun pertama sehingga menjadi jenama global.
Produk digital di laman kedai Shopify

Jualan digital yang serba lengkap

Setiap ciri yang anda perlukan untuk menjual, menghantar dan menjamin keselamatan produk digital anda. Mulakan secara percuma

Penghantaran serta-merta

Hantar fail secara automatik atau penuhi pesanan secara manual.

Semua jenis fail

Jual apa-apa jua format, daripada PDF dan PSD hingga MP3, fon dan ZIP.

Pautan sebagai produk

Tiada fail? Tiada masalah. Jadikan apa-apa jua URL sebagai produk yang boleh dijual.

Had muat turun

Kawal bilangan kali pembeli boleh mengakses fail.

Peringkat dan varian

Tawarkan pelbagai versi fail dalam produk yang sama.

Pemberkasan fail

Kumpulkan hingga 50 fail menjadi satu produk.

Tambahan digital

Tambahkan aset digital pada apa-apa jua produk fizikal.

Sokongan fail besar

Hoskan dan hantar fail bersaiz hingga 5GB.

Muat naik sekali. Jual berulang kali.

Platform yang terus berkembang bersama-sama anda

Mulakan secara percuma
Muat turun corak kaitan digital dipaparkan di sebelah bola benang dalam kotak pengiriman yang terbuka dengan label status penghantaran.

Piksel dan pakej, di satu tempat

Jual barangan digital dan fizikal dari laman kedai berjenama yang anda miliki, bukan profil pasaran yang disewa.
Antara muka pembinaan kedai AI mencipta kedai muzik dalam talian dengan laman kedai gitar, kad tiket dan prom penjanaan imej.

Bantuan AI terbina dalam

Bina kedai anda, sunting imej, analisis jualan dan draf kempen e-mel—semuanya dengan Sidekick, pembantu AI Shopify anda.
Telefon pintar yang memaparkan siaran video sosial yang mempromosikan pembelian tiket yang dikelilingi oleh ikon aplikasi bagi TikTok, Instagram, Pinterest, Google, OpenAI dan Microsoft Copilot.

Jualan sosial bersepadu

Sambungkan kepada Instagram, TikTok atau ChatGPT. Tukarkan pelayar yang menatal media sosial kepada pembeli secara terus dari aplikasi yang digunakan oleh mereka.
Produk buku fizikal dan fail audio digital yang dipaparkan dengan pilihan pembayaran ekspres untuk Shop Pay, PayPal dan Apple Pay.

Pembayaran penukaran tinggi

Berikan pelanggan pembayaran satu klik dengan penukaran terbaik di internet. Diiktiraf oleh lebih daripada 875 juta pembeli global.

Soalan lazim

Adakah saya perlu menjual produk fizikal untuk menggunakan Shopify?

Anda tidak memerlukan produk fizikal untuk menggunakan Shopify. Anda boleh membina kedai yang hanya menjual produk digital seperti e-buku, templat, kursus dalam talian, muzik dan fail rekaan, lalu menambahkan produk fizikal ke dalam kedai yang sama pada bila-bila masa.

Bagaimanakah pelanggan menerima fail mereka selepas membuat pembelian?

Anda boleh memilih penghantaran secara automatik atau manual. Untuk penghantaran serta-merta secara automatik, pelanggan anda akan mendapat e-mel dengan pautan muat turun yang selamat sebaik sahaja mereka melengkapkan pembayaran—anda tidak perlu melakukan apa-apa kerja secara manual. Anda juga boleh menetapkan had muat turun untuk mengawal bilangan kali setiap fail boleh diakses. Lebih suka menghantar secara manual untuk kerja tersuai atau dibuat mengikut pesanan? Anda juga boleh berbuat demikian.

Adakah terdapat had saiz fail untuk muat naik saya?

Ya, anda boleh memuat naik dan menjual aset yang bersaiz hingga 5GB. Terdapat banyak ruang untuk video resolusi tinggi, album muzik penuh, berkas rekaan yang besar dan bahan kursus terperinci. Selain itu, sekiranya produk anda menyertakan berbilang fail, anda boleh memberkaskannya bersama-sama menjadi satu produk.

Berapakah kos untuk menjual produk digital?

Aplikasi Digital Products adalah percuma dengan setiap pelan Shopify—tiada yuran bulanan tambahan dikenakan untuk jualan digital. Anda hanya akan membayar langganan standard Shopify anda dan kadar pemprosesan pembayaran biasa bagi setiap jualan. Tiada surcaj mengikut produk dan tiada yuran digital yang tersembunyi. Anda boleh melihat penetapan harga pelan semasa di halaman penetapan harga kami.

Bolehkah saya memigrasi produk dan pelanggan sedia ada saya?

Ya, anda boleh memigrasi produk, fail dan senarai pelanggan sedia ada anda ke Shopify. Sama ada anda berpindah dari alat jualan digital yang lain, pasaran mahupun sekadar daripada pautan pembayaran, alat dan aplikasi migrasi memudahkan peralihan ini, agar anda boleh meneruskan langkah anda tanpa kehilangan katalog atau khalayak anda.

Apakah jenis produk digital yang boleh saya jual di Shopify?

Anda boleh menjual produk digital seperti:

  • E-buku, PDF, panduan dan buku kerja
  • Templat, papan pemuka, pratetap dan lembaran kerja
  • Kursus, video dan bengkel rakaman
  • Muzik, buku audio, rentak muzik dan pek sampel
  • Seni digital, grafik, fon dan berus
  • Bahan boleh cetak, corak dan fail potongan
  • Perkhidmatan dan tempahan
  • NFT
  • Pautan ke kandungan yang dihoskan, termasuk halaman Notion, kursus dalam talian, halaman tempahan dan fail storan awan

Aplikasi Digital Products Shopify yang percuma menyokong penghantaran menerusi fail yang dimuat naik atau pautan daripada penyedia yang disokong. Bagi produk atau perkhidmatan yang tidak memerlukan pengiriman, anda boleh menetapkannya sebagai produk digital agar caj pengiriman tidak dikenakan.

Bolehkah saya menjual produk digital dan fizikal secara bersama di Shopify?

Ya. Anda boleh menjual produk digital, produk fizikal atau kedua-duanya di kedai Shopify yang sama. Satu produk juga boleh menggabungkan komponen fizikal dan digital secara bersama—sebagai contoh, rekod vinil yang menyertakan muat turun MP3. Aplikasi Digital Products Shopify menyokong produk bercampur jenis ini.
Shopify

Bina jenama, bukan sekadar profil

Percuma selama 3 hari

Lanjutkan percubaan anda untuk USD 1

Peroleh kredit hingga USD 7,000

Anda bersetuju menerima e-mel pemasaran Shopify.